Hari berganti hari... sejak kau pergi dari hidupku tanpa relaku... memang aku tak nafikan.. aku tahu kau sedang bergembira.. sedang mencipta bahagia.. walaupun kadangkala aku dapat rasakan sengsara hatimu.. ntahlah.. terkadang aku terfikir... siapakah aku dihati mu... adakah aku masih wujud dalam hati mu.. ataupun kau cuba menyingkir aku sedikit demi sedikit dari hidupmu.. dari hatimu.. demi masa depan bersama dia yang kau idamkan..
Dengan sekelip mata.. dengan sekejap masa.. fikiran.. hatimu bertukar... atau adakah aku yang tersalah sangka.. adakah yang aku kata ini salah... atau sememangnya perkara ini sedang terjadi...
Tiap hari aku cuba menafsirkan kembali apa yang berlaku... adakah ini silapku kerana tegar dan terus menanti.. sehinggakan aku sendiri tak paham diri aku.. Di kala kau cuba menitip bahagia.. aku disini tetap dengan perasaan kecewa.. hampa.. penuh dengan kesedihan.. usah dibilang air mata yang mengalir.. tiap kali aku teringatkan kisah hidup kita.. gambar2 kita.. video2 yang penah kita rakam... air mataku akan masih mengalir.. tika aku keseorangan.. aku merintih... tapi hati aku.. Allah je yang dengar.. Aku ukirkan senyuman dihadapan semua orang.. untuk memberitahu yang aku kuat.. namun dalam hatiku.. hatiku musnah kau tinggalkan aku sendiri tanpa kata... tanpa noktah...
Aku memang tak dapat menipu diri aku.. hati.. jiwa aku sememangnya sayang sangat padamu zana.. tapi adakah kau juga begitu.. ataupun aku yang sebenarnya bermain dengan emosi sendiri.. sampaikan aku langsung tak fikirkan apa yang orang cakap.. aku seperti hidup dalam alam maya aku sendiri...
Aku cuba tafsirkan segala perilakumu zana.. aku cuba tafsirkan ayat2 mu... adakah aku ini sebenarnya yang syok sendiri.. adakah aku ini diperlukan tatkala kau memanggilku.. aku tahu pengorbanan aku tak lah seberapa.. namun tak pernah aku ungkit.. sebab aku tahu.. apa yang aku lakukan sebab cinta aku padamu.. ntahlah.. sampai aku termimpi2 dirimu zana.. tapi yelah mainan tido.. malas aku nk lyn sgt.. tapi yelah.. aku bgn tido pn menangis.. mungkin dirimu tak rasa semacam mane yg aku rasa.. sebab ada teman disisimu...
Sekarang... aku yang menanggung malu bila family bertny.. pakcik makcik bertny.. kawan2 bertny.. kemana pergi dirimu.. tiada ucapan yang terungkap dari bibirku untuk menutuh kata... aku kelu.. aku seolah berdiri tanpa hala tuju.. walaupun kawan sekeliling menyuruhku untuk kuat... bagi semangat.. tapi diri aku... diri yang merasa.. lagi perit dan sakit untuk aku lalui.. dari bibir yang sering berkata.. memang badan yang merasa lagi sengsara..
Tatkala aku terjatuh oleh masalah2 yang aku hadapi.. kau tinggalkan aku.. sedangkan kau berjanji.. akan ada sentiasa untuk aku.. sentiasa disisiku... adakah janji manis yang kau taburkan hanya untuk menyedapkan hati aku... atau sering lagi dengan harapan palsu yang aku telan saja tiap kali dirimu janjikan... tersungkur terus aku dirimu perlakukan aku begitu.. sakitnya ya Allah dugaan yang kau beri ini.. peritnya sakit yang ku rasa ini...
0 comments:
Post a Comment